Thursday, 10 January 2013

Cinta Tak Kesampaian

Bismillahirrahmanirrahim...

Akhirnya sampai ke sudah H tak mampu untuk meluahkan perasaannya terhadap F. Apakan daya, H  hanyalah seorang gadis biasa yang tidak punya keberanian yang cukup untuk berdepan dengan F dan meluahkan isi hatinya. Walaupun H dikenali sebagai seorang yang berhati kering dalam kalangan kawannya, tapi kalau bab cinta ni H kalah. H pernah cuba untuk mendekati F dengan me-request friend di facebook, namun tidak di-approve oleh F. Mungkin kerana nama facebook H pada ketika itu sangat pelik iaitu gabungan nama 3 ekor binatang; musang, rama-rama, dan helang. Mana mungkin si F akan approve seseorang yang bernama pelik begitu. 

H yang pada mulanya punya keberanian untuk mendekati F dengan me-request friend di facebook mula berasa down kerana tidak di-approve oleh F. Dengan perasaan yang sedih dan kecewa, H telah meng-cancelkan request-nya dan men-delete terus akaun facebook-nya. Selepas beberapa ketika, H telah mendapat satu berita yang menggetarkan jiwa dan raganya. H dikhabarkan oleh teman baiknya bahawa F telah mempunyai pilihan hati. Hanya Tuhan yang tahu bagaimana perasaan H pada ketika itu. Namun H cuba menyembunyikan perasan kecewanya itu kerana tidak mahu teman baiknya itu berasa serba salah. H hanya mampu menanam perasaannya itu di dalam hati. Setiap malam H berdoa pada Allah untuk memberi kekuatan pada dirinya apabila tiba masanya nanti F menjadi milik orang lain secara sah.

Memang benar orang kata, cinta diam-diam tidak akan sampai ke mana. Bertepuk sebelah tangan tidak akan sama sekali berbunyi. H pasrah namun tidak akan sama sekali berhenti berharap. H amat yakin dengan pertolongan dari Allah dan tidak ada yang mustahil bagi Allah. Mungkin kali ini H tidak berkesempatan untuk meluahkan perasaannya dan tidak punya keberanian. Namun, pada masa akan datang, jika diberikan umur yang panjang dan dipertemukan sekali lagi dengan F, H bertekad untuk meluahkan segalanya.